Tuesday, 29 November 2011

Genius vs Amal


Assalamualaikum semua

post sebelum ni ada menceritakan tentang hidup macam mimpi. pejam-celik.... pejam-celik, eh.... dah makin tua @ berumur dah.... cepat je masa berlalu.... jika kita mengimbau kembali masa silam kita... time kecik2... yang nakal2...suka memanjat macam kera yg x de ekor... ataupun time hidung masih berhingus... peristiwa yang telah berlalu tu seumpama mimpi... ala... coba ingat apa yang kita buat 10 minit lepas... kalau kita fikir2, kalau kita renung2, perkara yang kita buat 10 minit lepas adalah mimpi.... mimpi2 yang benar... mimpi2 yang akan disoal d akhirat kelak. berbanding mimpi pada masa tidur.

ok.. tadi tu muqaddimah je... ari ni nak bercerita tentang genius itu adalah kurniaan tuhan.. setiap orang nak sempurna kan?.. tapi semua makhluk x sempurna kecuali Allah SWT. Genius adalah salah satu kelebihan yg semua orang nak.

kalau kita fikir2 n renung2....ketika kita nak selesaikan suatu masalah ... idea2 yang berlegar2 d dlm kotak mancis fikiran kita kan... dari mana datang nya yaaa?... haaaa... semua tu adalah ilham.. ada ilham yg baik n ada yg jahat.. 

apa2 yg terlintas d fikiran kita semuanya datang dengan izin Allah. Bagi sapa2 yg terasa dirinya genius termasuk aku... hahaha... so... janganlah bangga sangat..@ suka bangat...

pernah sekali masalah yang mudah pun kita x dpt selesaikan. ke mana perginya ilham2 geniusku itu... huhuhu...sebab itulah semua ilham yg dtg dan pergi adalah dengan izin Allah.. kita x perlu memandang rendah kepada orang yg kurang  pandai @ lembab.. bunyi nampak kasar... ilham yg terbaik adalah ilham untuk mentaati perintah Allah.. semua tu adalah pinjaman dari Allah n akan soal macam mana kita menggunakannya.. kita hendaklah sedar apakah kelebihan ini, kita semakin rapat kepada Allah @ kita semakin jauh dari petunjuk Allah.

genius saling berkait rapat dengan ilmu... semua org kata ilmu tu penting... kalau x caya... cuba tanya kat aku..hahah3.. aku jawab ilmu tu penting... apa sebenarnya ilmu tu ya?

maksud sebenar ilmu adalah

dapat membezakan....

apa yg  hendak d bezakan..?

dapat membezakan....
mana satu perintah Allah n mana satu larangan Allah.

itulah ilmu..

setakat tahu beza, x memadai kena amal ilmu..

sbg contoh kita tahu api itu panas n bahaya tapi kita masukkan tangan kedalam api itu. xkan bengong nama nya.. ha3.. maka tangan kita melecur dapat mudarat... ilmu ada, tapi x amal.. so... di akhirat kelak kita akan d soal adakah kita amalkan ilmu yg kita tahu... jika kita jawab kita x tahu...

sbg contoh kita x tahu api itu panas n bahaya tapi kita masukkan tangan kedalam api itu. maka tangan kita juga melecur dapat mudarat...sama ada kita tahu or x tahu api itu panas n bahaya kesan apabila tangan kita d masukkan kedalam api itu tetap sama.. adakah org seperti itu genius?...ha3...

apabila sudah amal... kenalah pulak, amal mengikut yg paling utama dari yg utama..

sbg contoh kita tengah online, buat assignment....cari artikel kat website, tengah baca blog eshecharm..haha3.. tetiba azan berkumandang.. kedua2 nya perintah Allah.. mana yg paling utama?... kalau tengah2 main game, dok melepak, shopping.... tetiba azan berkumandang.. masa tulah nampak ada ilmu ke x? kalau bab2 pasal agama... bercakap meniti lancar d bibir... berdebu2...hah sekarang Allah nak uji... ilmu d amal mengikut keutamaan or x..... tepuk dada tanya berapa helai bulu dada yg ada...

orang yang paling genius adalah... org yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati... maksud aku... persiapan untuk mati bukannya kain kapan, kapur barus, keranda n seangkatan dengannya.. maksud aku... perbanyakkan amal kebajikan semata untuk mendapat redha Allah..

ps; sama2 lah kita beramal, semoga bermanfaat kepada diri n org lain..

Sunday, 27 November 2011

macam mimpi

Assalamualaikum,

Semua mungkin pernah terasa lama dihanyut, dibuai dan macam terperangkap dalam mimpi. Banyak perkara yang dilalui dalam mimpi. Ada yang dapat ingat dan ada yang tidak. Ada yang mimpi macam cerita kartooonn.. ada logik ada tak.... banyak yang x logik..macam cerita oggy, doraemon n seangkatan dengan nya.

Sedar2 je...buka mata, eh mimpi rupanya... kalau tadi mimpi buruk, huh lega rasanya.... kalu mimpi best, termenung n senyum sampai ke telinga. Ambil bantal n nak sambung tidur... haha

Seperti itulah kehidupan kita sekarang ni... kita sedar ataupun tidak, kehidupan ini macam mimpi.... kita hanya akan tersedar apabila terpisahnya jasad dan roh kita .... iaitu apabila kita sudah mati... nampak sedihkan...? tapi itulah realitinya. hidup ni sangat singkat macam mimpi kan....

Sebenarnya kehidupan kita adalah di akhirat kelak. Kita akan hidup selamanya. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan je. Tempat untuk kita mengumpul bekalan. Seperti seorang musafir, singgah jap kat kedai untuk beli keperluan dan meninggalkan kedai itu dan terus pergi ke destinasi yang sudah ditetepkan.

Kesimpulannya, dunia ni macam kedai, opsss mungkin mega supermarket.. hahaha. maka shopping lah sepuas2 nya sampai jenuhhhh... modal kita adalah umur kita...

Saturday, 26 November 2011

Saat2 jatuhnya iPad 2, Motorola Xoom & Samsung Galaxy

Assalamualaikum,

Jom mai tengok apa akan terjadi apabila iPad 2, Motorola Xoom & Samsung Galaxy jatuh ke lantai.



Sangat2 merugikan... hehehe... baik mereka tu campak je barang tu kat aku... Sapa2 yang memiliki barang tersebut, maka taule apa kan terjadi bila jatuh.. nasib baik jatuh ke bawah... kalau ke atas, macam mane?... heheheh..

Friday, 25 November 2011

Khasiat Surah Al Fatihah


SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara khasiat-khasiatnya adalah:

1.  Untuk menjaga keselamatan diri
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.


2.  Supaya bahagia dan selamat
Khasiat surah Al-Fatihah lagi, jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus,  maka  jika  anda  ingin  pangkat  keduniaan,  Insya-Allah  dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat mulia dan  ditakuti  musuh,  dicintai  semua  orang  baik  lelaki  ataupun  wanita,  semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.



3.  Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat.



4.  Dimudahkan rezekinya dan berhasil maksudnya.
Jika dibaca 20 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus (tanpa berkata-kata).  Maka  orang  yang  membaca  itu  dimudahkan  rezekinya, dijaga dari segala yang membahayakan, dimuliakan orang dan berhasil maksudnya.



5.  Sebagai ubat dari segala penyakit
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak  kaki  dan  tangannya.  Maka  segera  sembuh  dengan  berkat pertolongan Allah.



6.  Untuk menghilangkan kerisauan
Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh.



7.  Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Surah Al-Fatihah juga mempunyai khasiat lagi. Iaitu jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Kemudian ditiup pada kalung tadi sebanyak 10 kali, maka Insya-Allah dapat lepas.


Download Al Fatihah serta terjemahan