Sunday, 27 November 2011

macam mimpi

Assalamualaikum,

Semua mungkin pernah terasa lama dihanyut, dibuai dan macam terperangkap dalam mimpi. Banyak perkara yang dilalui dalam mimpi. Ada yang dapat ingat dan ada yang tidak. Ada yang mimpi macam cerita kartooonn.. ada logik ada tak.... banyak yang x logik..macam cerita oggy, doraemon n seangkatan dengan nya.

Sedar2 je...buka mata, eh mimpi rupanya... kalau tadi mimpi buruk, huh lega rasanya.... kalu mimpi best, termenung n senyum sampai ke telinga. Ambil bantal n nak sambung tidur... haha

Seperti itulah kehidupan kita sekarang ni... kita sedar ataupun tidak, kehidupan ini macam mimpi.... kita hanya akan tersedar apabila terpisahnya jasad dan roh kita .... iaitu apabila kita sudah mati... nampak sedihkan...? tapi itulah realitinya. hidup ni sangat singkat macam mimpi kan....

Sebenarnya kehidupan kita adalah di akhirat kelak. Kita akan hidup selamanya. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan je. Tempat untuk kita mengumpul bekalan. Seperti seorang musafir, singgah jap kat kedai untuk beli keperluan dan meninggalkan kedai itu dan terus pergi ke destinasi yang sudah ditetepkan.

Kesimpulannya, dunia ni macam kedai, opsss mungkin mega supermarket.. hahaha. maka shopping lah sepuas2 nya sampai jenuhhhh... modal kita adalah umur kita...

No comments:

Post a Comment