Thursday, 29 December 2011

DEMI SAAT SAAT MASA MA SA YANG.....


ASSALAMUALAIKUM

Mari kita fikir2 n renung2.. time kita kecil2 dulu...kita banyak ber angan2... merancang apa nak d buat pada masa akan datang... ada yang menjadi kenyataan dan ada yang tidak.

UPSR,... sblm tu.. ber debar2 gak...  saat2 UPSR telah kita lalui... selepas sekolah rendah, masuk pulak sekolah menengah.. PMR,, n SPM... semuanya telah dilalui.. pastu masuk universiti,... kerja... nikah... ada anak... ada cucu...

secara tidak lansung... kita dah nampak pada masa depan kita..perancangan2 yang kita sediakan...

setiap tarikh2 yang ada pada kalendar... semuanya akan kita lalui.. jika umur masih ada.. sekarang ni kita sedia maklum bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati... semua kita akan melalui saat2 nyawa kita dicabut.. nak x nak kita akan lalui jugak...

persoalannya... perancangan untuk saat2 yang paling getir kita... iaitu mati... macam mana?... kita tahu kita pasti mati... tapi x tau bila... masa yg kita luangkan untuk perancangan mati (akhirat) berapa lama..?

masa yg Allah beri pada kita... samada kita gunakan untuk perkara bermanfaat ataupun tidak... masa tetap akan berlalu...


Pesanan daripada salah seorang ulama besar India ini.
  1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ;  jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
  2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)

ps; sama2 lah kita beramal, semoga bermanfaat kepada diri n org lain..

Monday, 5 December 2011

bangsa bangsa yang dimusnahkan




ASSALAMUALAIKUM

Agak ngeri jugak video pasal bangsa- bangsa yg dimusnahkan. Ini tejadi disebabkan mereka tidak mengikut ajaran rasul mereka serta menyekutukan Allah SWT. Walapun mereka memiliki kepakaran dalam pertanian,  pembangunan,   perniagaan dan lain2.. mereka berasa bangga dengan kelebihan tersebut hingga lupa bahawa semua itu adalah ujian dari Allah SWT. Mereka kufur dengan mengatakan semuanya adalah hasil daripada usaha mereka sendiri dan menolak utusan2 Allah SWT. Maka mereka ditimpa bencana seperti yang telah dirakam di dalam Al Quran.

Jika kita renung sejenak situasi yg berlaku pada masa sekarang, kebanggaan2 serta kemungkaran2 yg dilakukan oleh kaum2 yg dilaknat oleh Allah SWT berlaku pada zaman sekarang. Kita hendaklah sedar bahawa kita semua umat akhir zaman yg mempunyai kalimah LA ILA HA ILLALLAH, umat yg terbaik, mempunyai tanggungjawab kenabian, mempunyai amanah yg besar, sebab itulah kita umat terbaik yg pernah dikeluarkan, hinggakan nabi meminta supaya menjadi umat akhir zaman, tetapi Allah SWT tidak perkenankan kecuali permintaan Nabi Isa AS.

Maka laksanakanlah tugas2 kita semua wahai umat yg terbaik. Ajaklah manusia kepada Allah SWT. Perbanyakkanlah bercakap, menyebut tentang kebesaran, kehebatan Allah SWT.  Hari ini kita sering bercakap tentang kebesaran, kehebatan makhluk sbg contoh…  

wah … sedapnya masakan chef tu… wah… lawa betoiii baju awak… cun nya awak,... boleh jadi rakan fb?...  blogger tu cutelah.. nak join lahh.. kereta itu gempaklah… nak satu..  dan sebagainya..
maka lama 2 kebesaran makhluk akan memenuhi hati kita semua…

Seeloknya hendaklah kita selitkan setiap perbualan dan percakapan kita dengan menyebut kebesaran, kehebatan Allah SWT. Itulah zikir.... Supaya kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap ketika. Semoga dapat kita amal dan sampaikan kepada yg lain.

Jazakallah..