Monday, 5 December 2011

bangsa bangsa yang dimusnahkan




ASSALAMUALAIKUM

Agak ngeri jugak video pasal bangsa- bangsa yg dimusnahkan. Ini tejadi disebabkan mereka tidak mengikut ajaran rasul mereka serta menyekutukan Allah SWT. Walapun mereka memiliki kepakaran dalam pertanian,  pembangunan,   perniagaan dan lain2.. mereka berasa bangga dengan kelebihan tersebut hingga lupa bahawa semua itu adalah ujian dari Allah SWT. Mereka kufur dengan mengatakan semuanya adalah hasil daripada usaha mereka sendiri dan menolak utusan2 Allah SWT. Maka mereka ditimpa bencana seperti yang telah dirakam di dalam Al Quran.

Jika kita renung sejenak situasi yg berlaku pada masa sekarang, kebanggaan2 serta kemungkaran2 yg dilakukan oleh kaum2 yg dilaknat oleh Allah SWT berlaku pada zaman sekarang. Kita hendaklah sedar bahawa kita semua umat akhir zaman yg mempunyai kalimah LA ILA HA ILLALLAH, umat yg terbaik, mempunyai tanggungjawab kenabian, mempunyai amanah yg besar, sebab itulah kita umat terbaik yg pernah dikeluarkan, hinggakan nabi meminta supaya menjadi umat akhir zaman, tetapi Allah SWT tidak perkenankan kecuali permintaan Nabi Isa AS.

Maka laksanakanlah tugas2 kita semua wahai umat yg terbaik. Ajaklah manusia kepada Allah SWT. Perbanyakkanlah bercakap, menyebut tentang kebesaran, kehebatan Allah SWT.  Hari ini kita sering bercakap tentang kebesaran, kehebatan makhluk sbg contoh…  

wah … sedapnya masakan chef tu… wah… lawa betoiii baju awak… cun nya awak,... boleh jadi rakan fb?...  blogger tu cutelah.. nak join lahh.. kereta itu gempaklah… nak satu..  dan sebagainya..
maka lama 2 kebesaran makhluk akan memenuhi hati kita semua…

Seeloknya hendaklah kita selitkan setiap perbualan dan percakapan kita dengan menyebut kebesaran, kehebatan Allah SWT. Itulah zikir.... Supaya kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap ketika. Semoga dapat kita amal dan sampaikan kepada yg lain.

Jazakallah..

No comments:

Post a Comment